Pengenalan

KG AYER HITAM adalah merupakan sebuah kampung desa di daerah Hilir Perak Mukim Changkat Jong Teluk Intan Perak. KG ini dikenali juga sebagai Kampung Baru Tersusun Batu 15, di atas kawasan yang dahulunya adalah merupakan tanah yang diterokai oleh peserta Tanah Rancangan yang berkeluasan kira-kira 14,000 ekar dengan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu KG Jawa, KG Melayu, KG Tengah dan KG SC.

KG Ayer Hitam yang juga digelarkan oleh penduduknya sebagai “The Black Water” ataupun Ayer Hitam dan boleh dihubungi melalui 3 jalanraya utama yang menghubungkan KG Ayer Hitam dengan Pekan Bidor 15km melalui Jalanraya Bidor, Pekan Teluk Intan 25km melalui Jalanraya Changkat Jong dan Pekan Langkap 10km dengan Jalanraya Langkap/Chui Chak. Antara pekan yang mendapat perhatian penduduk adalah Teluk Intan.

Rata-rata kebanyakan penduduk disini mendapatkan punca rezeki daripada hasil pertanian kebun/ladang dan mengusahakan perniagaan sendiri (rujuk ke laman kemudahan).

Wednesday, December 31, 2008